Tarikh: 6 November 2019(Rabu) Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi: Kawasan Padang Tembak Peserta: 8 orang |
TUJUAN
Program MIV yang diadakan di Pusat Internet Padang Tembak mendidik para ahli menjadi sukarelawan untuk mengajar tentang ict.Aktiviti yang diadakan ini untuk mengedar flyers dan memberitahu orang awam mengenai penukaran siaran analog kepada siaran digital yang diperkenalkan oleh SKMM.
AKTIVITI
Ahli sukarelawan bergerak di dalam kumpulan dan mengedarkan dan menampal flyers mengenai myfreeview tv iaitu siaran analog kepada siaran digital.Mereka memberi sedikit taklimat mengenai maklumat dan cara-cara mendapatkan maklumat lanjut mengenai myfreeview tersebut.
Tarikh: 18 September 2019(Rabu) Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi: Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 Peserta: 327 orang |
TUJUAN
Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada kempen jauhi dadah serta memperkenalkan program "Klik Dengan Bijak".Program ini disertai dari kalangan pelajar darjah 3 sehingga darjah 6.Pelajar didedahkan kepada 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan, dan tanggungjawab dalam membendung penyalahgunaan terkini pada zaman kini.
AKTIVITI
Pelajar didedahkan dengan penerangan mengenai program "Klik Dengan Bijak" dan mengetahui kesalahan yang sering dilakukan semasa menggunakan internet terutama apabila melayari media sosial.Selain itu,pelajar di beri panduan dan diajar cara-cara untuk menangani masalah seperti siber buli dan jenayah-jenayah siber lain secara bijak.Program berakhir dengan slot soal jawab dan slot kuiz.
Tarikh: 19 Julai 2019(Jumaat) Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi: PI Padang Tembak Peserta: 2 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan untuk membimbing peserta membuat persediaan 'slide presentation'.Kebisaanya, Microsoft Powerpoint ini digunakan untuk persembahan lebih teratur dan tersusun dengan menggunakan fungsi-fungsi dan menggunakan gambar-gambar grafik yang menarik.
AKTIVITI
Kelas dimulakan dengan peserta menyusun ayat-ayat dalam Powerpoint dan selepas itu menambah gambar-gambar seperti graf. Selain daripada itu,peserta juga meletakkan animasi slide dan meletakkan muzik di dalam slide powerpoint tersebut.Kelas berakhir dengan peserta mempersembahkan slide mereka.
Tarikh: 04 Ogos 2019(Ahad) Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi: PI Padang Tembak Peserta: 12 orang |
TUJUAN
Kelas Usahawan Pusat Internet ini dianjurkan kepada para ahli yang berminat untuk belajar cara membuat perniagaan.Perniagaan difokuskan kepada produk yang menjadi barang asas atau keperluan kepada pengguna.
AKTIVITI
Kelas ahli diperkenalkan dengan cara asas menggunakan teknik dalam asas menggunakan mengetahui produk yang dijual.3 asas penting yang perlu tahu mengenai produk ialah keperluan harian,harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan peringkat umur.Di dalam kelas ini juga diajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk mengira pergerakan untung dan rugi setiap perniagaan yang kita jalankan.Kelas berakhir dengan sesi soal jawab bersama ahli PI.
Tarikh: 14 Jun 2019(Jumaat) Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi: PI Padang Tembak Peserta: 10 orang |
TUJUAN
Kelas Aplikasi Paint diadakan untuk bertujuan memperkenalkan kepada pelajar cara-cara untuk membuat kad ucapan bersempena hari bapa.Pelajar diperkenalkan fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi tersebut dan membuat kad ucapan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI
Kelas dimulakan dengan pelajar menggunakan fungsi tulisan dan memilih tulisan yang dikehendaki.Setelah itu,mereka perlu membuat sedikit ucapan pada kad tersebut.Kelas diakhiri dengan setiap pelajar membaca ucapan yang ditaip pada kad ucapan tersebut.