Tarikh: 10 November 2020(Selasa) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli untuk menaip jadual kelas sendiri menggunakan kemudahan di dalam Microsoft Word
AKTIVITI
Kelas ini bermula ahli perlu menggunakan "tools" yang disediakan di dalam Microsost word iaitu panel 'TABLE'.Ahli perlu menggunakan table untuk menyusun atur kelas dan hari mengikut jadual kelas masing-masing.Selepas itu,ahli boleh mewarnakan table dan menggunakan tulisan yang sesuai untuk menjadikan jadual kelas tersebut lebih menarik.
Tarikh: 8 Oktober 2020(Khamis) Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi: PI Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Canva ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan Canva.Canva merupakan satu perisian secara dalam talian untuk memudahkan para pengguna untuk menghasilkan poster,kad bisnes, dan lainlain dengan mudah.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu perisian canva.Selepas itu,pelajar mengenalpasti penggunaan toolbox yang terdapat dalam perisian tersebut.Akhir sekali pelajar membuat design kad bisnes yang dikehendaki yang terdapat dalam perisian tersebut.
Tarikh: 5 September 2020 (Sabtu) Masa: 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 4 orang |
TUJUAN
Kelas MIV ini diadakan kepada sukarelawan di pusat internet untuk menyebarkan mengenai kesedaran penggunaan klik dengan bijak dan mengenai kesedaran penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat zaman kini.Kelas ini secara dalam talian dan taklimat tersebut dikendalikan oleh pihak SKMM kepada sukarelawan.
AKTIVITI
Taklimat tersebut menekankan sukarelawan untuk menyebarkan kempen-kempen kesedaran yang dianjurkan oleh SKMM kepada masyarakat.Ini kerana setiap berita yang disampaikan perlulah diketahui kesahihannya didalam media sosial.Penggunaan laman web sebenarnya.my juga boleh diguna untuk mengetahui berita yang sahih ataupun palsu.
Tarikh: 5 September 2020(Sabtu) Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi: PI Padang Tembak Peserta: 2 orang |
TUJUAN
Kelas Adobe Photoshop ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan.Adobe Photoshop digunakan untuk membuat kerja-kerja grafik dan salah satu darinya mereka mereka bentuk poster.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Adobe Photoshop. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar disuruh untuk membuat poster mengenai pusat internet. Akhir sekali, pelajar menghantar poster tersebut untuk menyertai pertandingan poster yang dianjurkan oleh pusat internet
Tarikh: 6 Ogos 2020 (Khamis) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 2 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk esei yang formal.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar menaip esei dan mula mencari fungsi format dan tulis dialam microsft word yang sesuai dengan format esei yang dikehendaki.Pelajar dapat belajar mengenai perbezaan tulisan, jarak tulisan, jarak antara perkataan, dan susunan esei yang teratur.