Kelas Asas Aplikasi Capcut ini diadakan dengan kerjasama dengan pihak MARA Kota Bharu .Kelas ini diadakan untuk mendedahkan pembelajaran asas aplikasi capcut dan diadakan selama 1 hari sahaja.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai icon-icon dan fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi capcut.Selepas itu,peserta perlu menggunakan aplikasi tersebut pada telefon masing-masing.Pada tengahari pula peserta didedahkan jenis-jenis video yang sesuai digunakan untuk kandungan untuk tiktok.Kelas berakhir dengan  penyerahan sijil kepada para peserta dari pihak MARA Kota Bharu. 

Gambar disini

 

Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan staff JKR Kelantan(unit tentera) .Kelas ini diadakan untuk mendedahkan pembelajaran asas aplikasi canva dan diadakan selama 2 hari.

AKTIVITI

Pada hari pertama mereka diajarkan asas penggunaan asas untuk menyiapkan satu reka bentuk tertentu.Setelah memahami konsep dan cara menggunakan asas mereka di ajar 5 tutorial iaitu cara mencipta poster,slaid,kad bisnes, logo dan kad digital .Setelah memahami asas pada hari pertama, seterusnya pada keesokkan harinya diberi latihan dan membentangkan hasilnya.

Gambar disini

 

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan selama 2 hari kepada pelajar giat mara untuk mendedahkan pengenalan microsoft word dan cara menaip resume dengan betul kepada para pelajar.

AKTIVITI

Kelas ini diadakan  dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai kegunaan microsoft word serta mengajarkan cara menggunakan papan kekunci dengan betul supaya dapat menaip dengan selesa dan tertib.Setelah itu peserta diajar cara untuk memasukkan gambar serta cara atur menaip mengikut format yang betul. Disamping itu mereka dikehendaki membuat resume mengenai diri sendiri mengikut tunjuk ajar yang telah diberikan. Di akhir kelas peserta mempersembahankan resume masing-masing kepada pengajar.

Gambar Disini

 

Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan pelajar GiatMara Pengkalan Chepa.Kelas ini diadakan untuk mendedahkan kemudahan aplikasi canva untuk mencipta poster raya aidiladha.

AKTIVITI

Kelas ini diadakan selama 2 hari.Pada hari pertama mereka diajarkan asas penggunaan canva dalam perniagaan dan cara menggunakan 'tool' yang ada pada Canva.Setelah memahami asas pada hari pertama, seterusnya pada keesokkan harinya diajarkan mengenai proses penyuntingan poster untuk ucapan sempena hari raya aidiladha.

 

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan kepada pelajar giat mara bagi persediaan untuk membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pelajaran

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai kegunaan microsoft word serta mengajarkan cara menggunakan papan kekunci dengan betul supaya dapat menaip dengan selesa dan tertib.Setelah itu peserta diajar dan dikehendaki membuat resume mengenai diri sendiri mengikut tunjuk ajar yang telah diberikan. Di akhir kelas peserta mempersembahankan resume masing-masing kepada pengajar.

 

Gambar Disini