arikh: 21 Februari 2023(Selasa) Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari Lokasi: PEDi Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan sempena cuti persekolahan dan mendedahkan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar.Kelas ini diadakan selama 2 hari.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar perlu mengetahui cara untuk menggunakan 'keyboard' dengan betul supaya apabila menggunakan microsoft nanti pelajar tahu untuk menaip perkataan yang ada.Setelah itu pelajar perlu membuat jadual yang terdapat dalam fungsi Microsoft Word.Kelas berakhir dengan pelajar perlu menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan.
Tarikh: 06 Disember 2022(Selasa) Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari Lokasi: PEDi Padang Tembak Peserta: 3 orang |
TUJUAN
Kelas Asas Keusahawanan Shopee diadakan untuk memperkenalkan usahawan terhadap platform Shopee yang mana dapat membantu mereka memasarkan produk dalam talian.
AKTIVITI
Kelas ini disertai oleh usahawan yang mempunyai produk dan ingin menjual di dalam Shopee.Kelas dimulai dengan mengajar mereka cara untuk membuka kedai di dalam Shopee. Setelah itu memuat naik produk mereka di Shopee dan memberitahu cara yang betul untuk menaip mengenai penerangan terhadap produk mereka.Akhir sekali mereka diajar untuk memasarkan pautan produk mereka di media sosial yang mereka ada.
Tarikh: 6 September 2022(Selasa) Masa: 3.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi: PEDi Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Canva adalah satu platform suntingan untuk membuat reka bentuk yang menarik dan ianya percuma untuk semua.Kelas pembelajaran kali ini untuk pelajar membuat satu reka bentuk logo untuk identiti perniagaannya sendiri.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui 'tools' di Canva. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar mereka bentuk logo dengan ciri-ciri yang dingini dan mengikut kesesuaian jenamanya perniagaan.
Tarikh: 29 November 2022(Selasa) Masa: 10.00 Pagi - 4.00 Petang Lokasi: PEDi Padang Tembak Peserta: 15 orang |
TUJUAN
Kelas Asas Keusahawanan diadakan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada penjual untuk menjual produk mereka secara dalam talian.Tiktok Shop adalah satu ciri yang terdapat dalam aplikasi Tiktok yang membolehkan setiap pengguna menjual dalam aplikasi tersebut.
AKTIVITI
Kelas ini disertai oleh penguna yang mempunyai produk dan ingin menjual di dalam Tiktok Shop.Kelas dimulai dengan mengajar mereka cara untuk membuka kedai secara dalam talian dan cara untuk memasarkan produk mereka.Setelah itu,mereka juga diajar untuk menyunting video dan seterusnya memasukkan pautan produk mereka di dalam tiktok.
Tarikh: 28 Mei 2022(Sabtu) Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi: PEDi Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Adobe Photoshop ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan.Adobe Photoshop digunakan untuk membuat kerja-kerja grafik dan salah satu darinya mereka mereka bentuk poster.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Adobe Photoshop. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar disuruh membuat logo yang bertemakan family day.Setelah selesai,pelajar menunjukkan hasil ciptaan logonya.