Tarikh: 21 Ogos 2021 (Sabtu) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Aplikasi Shopee merupakan aplikasi untuk membeli dan menjual barangan secara dalam talian.Kelas ini mendedahkan kepada pelajar mengenai cara untuk mempromosikan produk sendiri di dalam aplikasi shoppe
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengambil gambar produk dan diberi penerangan mengenai kaedah menggunakan aplikasi shoppe.Selepas itu,pelajar dikehendaki memasukkan produk didalam aplikasi tersebut serta memilih kategori produk tersebut.Setelah selesai produk akan dipamerkan di aplikasi.
Tarikh: 17 Julai 2021(Sabtu) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 5 orang |
TUJUAN
Kelas Kahoot KDB diadakan untuk memberi pencerahan kepada pelajar-pelajar mengenai penyalahgunaan media sosial dan jenayah-jenayah yang ada bila seseorang berada dalam talian.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu media sosial dan kegunaan sebenar.Selepas itu,pelajar di beri soalan dalam aplikasi Kahoot untuk menguji tahap kefahaman pelajar mengenai Klik Dengan Bijak.
Tarikh: 5 Mei 2021(Rabu) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Photopea merupakan satu platform yang boleh digunakan untuk mengedit gambar atau menghasilkan hasil kreatif seperti kad ataupun poster.Platform ini adalah percuma dan mudah digunakan.
AKTIVITI
Kelas diadakan untuk memberi ruang kepada pelajar membuat kad ucapan sempena hari raya.Kelas dimulakan dengan pelajar mengenali apa itu photopea dan kegunaannya.Seterusnya,pelajar membuat kad raya mengikut kreativiti sendiri.
Tarikh: 10 Jun 2021 (Khamis) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk gambar rajah
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar membuat data yang dikumpulkan yang ingin dijadikan sebagai gambar rajah.Pelajar di diperkenalkan dengan fungsi 'Chart' di dalam Microsoft Word dan cara digunakan yang bersesuaian dengan datanya.
Tarikh: 7 April 2021(Rabu) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli untuk menyiapkan kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word
AKTIVITI
Kelas ini bermula ahli menggunakan "tools" yang disediakan di dalam Microsost word untuk menyiapkan kerja kursus beliau.Di dalam kerja kursus tersebut menggunakan format tulisan dan saiz yang betul.Kelas berakhir dengan pelajar membaiki kesalahan ejaan dan memperbetulkan gambar mengikut arahan kerja kursusnya.