Tarikh: 5 Ogos 2020 (Rabu) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Aplikasi Shoppe merupakan aplikasi untuk membeli dan menjual barangan secara dalam talian.Kelas ini mendedahkan kepada pelajar mengenai cara untuk mempromosikan produk sendiri di dalam aplikasi shoppe
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengambil gambar produk dan diberi penerangan mengenai kaedah menggunakan aplikasi shoppe.Selepas itu,pelajar dikehendaki memasukkan produk didalam aplikasi tersebut serta memilih kategori produk tersebut.Setelah selesai produk akan dipamerkan di aplikasi.
Tarikh: 3 Ogos 2020 (Isnin) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk esei yang formal.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar menaip esei dan mula mencari fungsi format dan tulis dialam microsft word yang sesuai dengan format esei yang dikehendaki.Pelajar dapat belajar mengenai perbezaan tulisan, jarak tulisan, jarak antara perkataan, dan susunan esei yang teratur.
Tarikh: 20 Februari 2020(Khamis) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 10 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli-ahli untuk menaip jadual kelas sendiri menggunakan kemudahan di dalam Microsoft Word
AKTIVITI
Kelas ini bermula ahli perlu menggunakan peralatan yang disediakan di dalam Microsost word iaitu panel 'TABLE'.Ahli perlu menggunakan table untuk menyusun atur kelas dan hari mengikut jadual kelas masing-masing.Selepas itu,ahli boleh mewarnakan table dan menggunakan tulisan yang sesuai untuk menjadikan jadual kelas tersebut lebih menarik.
Tarikh: 21 Februari 2020(Jumaat) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 10 orang |
TUJUAN
Kelas Kesedaran Klik Dengan Bijak atau KDB diadakan untuk memberi pencerahan kepada pelajar-pelajar mengenai penyalahgunaan media sosial dan jenayah-jenayah yang ada bila seseorang berada dalam talian.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu media sosial dan kegunaan sebenar.Selepas itu,pelajar di beri contoh-contoh jenayah siber yang boleh membuat mereka menjadi mangsa seterusnya melihat video yang disediakan.Di akhir kelas pelajar di beri tugasan untuk mengenalpasti apa yang mereka perlu abaikan bila berada di dalam talian.
arikh: 18 Januari 2020(Sabtu) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 10 orang |
TUJUAN
Kelas E-Pembelajaran online ini iaitu Puzzle online diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai cara penggunaan tetikus dengan lebih baik.Pelajar terdiri daripada darjah 1 dan darjah 2 yang belum menguasai penggunaan tetikus dengan baik.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan membuat laman sesawang Puzzle online dan memilih puzzle yang mudah disusun mengikut masa yang ditetapkan.Setelah pelajar siap masa akan dipaparkan dan dapat menentukan kecekapan pelajar menggunakan tetikus.