USAHAWAN PERNIAGAAN KACANG

Nama Anwar Bin Hussin

Umur : 69 Tahun

Ahli 02 Disember 2015

 

LATAR BELAKANG

Anwar merupakan seorang warga emas yang suka berniaga.Beliau sering mengunjungi PI Padang Tembak untuk memasarkan produk beliau di media sosial.Beliau menjual kacang dalam tin sejak setahun yang lalu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau memulakan perniagaan dengan hanya memasarkan di kedai-kedai makan berdekatan dengan kawasan rumah.Selapas menjadi ahli Pusat Internet beliau mula mempromosikan produk secara atas talian.Pendapatan beliau sekitar RM10 sehingga RM50 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mempromosi produknya melalui online seperti Facebook dan Mudah.my.Beliau juga rajin membuat iklan-iklan menarik mengenai produknya.Kini pendapatannya meningkat dari sebelum menglibatan diri di PI iaitu RM200 sebulan.

Q2 Usahawan2

CELIK IT

Nama WAN NUR AQILAH BT WAN ZAMRI

Umur 11 tahun

Ahli 28 Ogos 2016

 

LATAR BELAKANG

Adik Aqilah merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Aqilah sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Aqilah juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

Q1-CI-Aqilah

USAHAWAN PERNIAGAAN PULUT KUNING

Nama Amirul Mukminin Bin Sanusi 

Umur : 23 Tahun

Ahli 08 Ogos 2018

 

LATAR BELAKANG

Amirul merupakan seorang pelajar dari Open Universiti Malaysia(OUM) Kota Bharu yang meminati bidang perniagaan sejak bangku sekolah lagi.Beliau mendapat idea untuk membuat bisnes ini kerana sering menolong ibu saudaranya menjual di Pasar Besar Siti Khadijah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan ini sejak setahun yang lalu.Pada mulanya beliau memulakan perniagaan dengan sering membuat penghantaran ke rumah pelanggan yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.Pendapatan bulanan yang diperolehnya hanya RM 50 sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mempromosi produknya melalui online seperti Facebook dan Mudah.my.Beliau juga rajin membuat iklan-iklan menarik mengenai produknya.Kini pendapatannya meningkat dari sebelum menglibatan diri di PI iaitu RM200 sebulan.

Q1-Usahawan-amirul

USAHAWAN PERNIAGAAN MINUMAN SEJUK

Nama Muhammad Amiruddin Bin Zaini

Umur : 19 Tahun

Ahli 01 Disember 2015

 

LATAR BELAKANG

Amiruddin merupakan seorang mahasiswi di  Institusi Kemahiran Belia di Tanah Merah. Beliau memulakan perniagaannya untuk mendapatkan duit tambahan pengajiannya.Sejak dari itu, beliau membuat bisnes menjual minuman yang berasaskan susu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Sebelum penglibatan beliau di PI, beliau sudah asas untuk menggunakan platforn asas dalam talian tetapi beliau tidak tahu cara menggunakannya dengan tepat.Beliau hanya menggunakan Whatssap untuk menghantar produk kepada pelanggannya.Sebelum ini pendapatan bulannya hanya sekitar RM50 hingga RM100 sahaja

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau menggunakan pendekatan yang betul dengan berlandaskan platform yang ditunjuk ajar oleh pengajar PI Padang Tembak.Pendapatan bulanannya meningkat dan mencecah RM100 sehingga RM 300 sebulan.

Q1-Usahawan-aminuddin