CELIK IT

Nama Nik Nur Qistina Damya Binti Nik Abdul               Aziz

Umur 11 tahun

Ahli 23 Disember 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Nik Nur Qistina merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Qistina sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Qistina juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

Q3 CELIKIT

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

Nama Amalin Athirah Binti Mohd Nasir

Umur 17 Tahun

Ahli : 30 Ogos 2018

 

LATAR BELAKANG

Amalin merupakan seorang pelajar yang ingin membuat perniagaan sampingan dengan menjual popia seaweed

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seorang yang suka ingin mencuba makanan yang unik daripada orang lain.Oleh kerana beliau belajar dan tinggal di asrama, beliau sangat menggemari seaweed dan mula menjual pada rakan-rakannya secara kebetulan.Pendapatan sampingan bulannya hanya RM 50 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Setiap hujung minggu,beliau akan mengunjungi Pusat Internet Padang Tembak untuk mendapat khidmat nasihat dan bimbingan daripada para staff.Selain menjual kepada kawan-kawan sahaja beliau telah menggunakan media sosial untuk menjual produk kesukaannya kepada orang lain.Kini pendapatannya mencecah RM 200 lebih setiap bulan. 

Q3 Usahwan-2

CELIK IT

Nama Muhammad Naiman Bin Mohd

Umur 13 tahun

Ahli 07 Disember 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Naiman merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Naiman sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Naiman juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

Q2 CelikIT2019

USAHAWAN PERNIAGAAN PAKAIAN

Nama Mohamad Isma Izzat Bin Mohd Yusuf

Umur 19 Tahun

Ahli : 01 Februari 2016

 

LATAR BELAKANG

Izzat merupakan seorang perniaga yang menjual barang-barang seperti pakaian dan selipar di secara kecil-kecilan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan ini kerana ingin mencari pendapatan selain dapat meringankan bebanan keluarga.Beliau telah membuka kedai jualannya di tapak pasar malam.Pendapatnya bulanannya hanya bawah RM100 sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seorang belia yang sangat aktif di Pusat Internet dan mendapat idea untuk menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperluaskan pasaran produknya.Setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada staff-staff Pusat Internet Padang Tembak,beliau berjaya menaikkan jualannya kepada RM 400 ke atas sebulan 

Q3 Usahawan-1

USAHAWAN PERNIAGAAN KEK

Nama Nur Nadhirah Binti Muhd Zain

Umur 44 Tahun

Ahli : 18 Januari 2018

 

LATAR BELAKANG

Nadhirah merupakan seorang surirumah sepenuh masa.Beliau minat membuat kek serta sering mengikuti kursus berkaitan dengan pembuatan kek.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan kerana minat yang mendalam terhadap seni pembuatan kek.Beliau menjual hasil tangannya seperti brownies,kek span dan sebagai dengan hanya mempromosi melalui kenalan terdekat dan pendapatan bulanannya hanya RM80 sebulan. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau mendapat bimbingan daripada staff PI Padang Tembak untuk menggunakan sosial media sebagai medium pemasaran produknya.Beliau menggunakan Facebook,Instagram dan Mudah.my pendapatannya mula meningkat kepada RM300 sehingga RM500 sebulan. 

Q2 Usahawan1