USAHAWAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

Nama Rosnani Binti Ahmad

Umur : 51 Tahun

Ahli   27 April 2024

 

LATAR BELAKANG

Puan Rosnani merupakan seorang surirumah dan mula menjadi pengamal urutan tradisional sejak 10 tahun yang lalu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 - RM300 sahaja sebulan manakala jumlah pelanggan hanya sekitar 5 ke 10 orang sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli NADI, beliau cuba mempelajari cara memasarkan pakej perkhidmatan beliau melalui Whatsap Bisnes,Facebook dan Tiktok.Dengan tunjuk ajar dari staff-staff NADI beliau berjaya memperoleh RM 600 -RM 1000 sebulan.

CELIK IT

Nama Nik Amirul Amin Bin Sahfri

Umur 16 tahun

Ahli 20 Mac 2024

 

LATAR BELAKANG

Nik Amirul Amin merupakan pelajar tingkatan 4 pada tahun ini. Beliau juga merupakan ahli NADI yang paling aktif  menghadiri kelas yang diadakan di NADI

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Pada cuti hujung minggu,adik Nik Amirul Amin  akan menghabiskan masa lapangnya hanya di rumah dan bermain dengan kawan-kawan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Selepas mengunjungi NADI dan menjadi ahli NADI, beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI terutama fotostat. Beliau juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas NADI Padang Tembak.Ini kerana keadaan NADI jauh lebih selesa berbanding tempat lain

CELIK IT

Nama Mohamad Ferdaus Bin Zahari

Umur 18 tahun

Ahli 13 Julai 2018

 

LATAR BELAKANG

Ferdaus merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Beliau juga merupakan ahli PEDi yang paling aktif menghadiri kelas yang diadakan di PEDi Padang Tembak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Pada cuti hujung minggu,Ferdaus perlu menyiapkan kerja rumah dan beliau tidak tarif mengenai asas komputer jadi beliau mencari PEDi untuk mencari ilmu tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Selepas mengunjungi PEDi dan menjadi ahli PEDi, beliau diajar oleh staff dan dibimbing sehingga pandai. Kini dengan ilmu yang beliau dapat beliau sudah mampu membuat kerja rumahnya sendiri.

Nama Nor Atilah Binti Sukarno

Umur 19 tahun

Ahli 08 Jun 2018

 

LATAR BELAKANG

Nor Atilah merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Beliau juga merupakan ahli NADI yang paling aktif menghadiri kelas yang diadakan di NADI Padang Tembak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Nor Atilah perlu menyiapkan kerja rumah dan beliau hanya belajar sendiri menggunakan telefon sahaja

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Selepas mengunjungi NADI dan menjadi ahli NADI, beliau diajar oleh staff dan dibimbing sehingga pandai. Kini dengan ilmu yang beliau dapat beliau sudah mampu membuat bahan kerja kursus sendiri menggunakan komputer kerana di NADI lebih senang dan selesa berbanding tempat lain

CELIK IT

Nama Nur Mastura Binti Zakaria

Umur 33 tahun

Ahli 01 Disember 2015

 

LATAR BELAKANG

Solehah merupakan anak sulung dari 8 orang adik beradik. Beliau juga merupakan ahli PEDi yang paling aktif menghadiri kelas yang diadakan di PEDi Padang Tembak.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Pada cuti hujung minggu,Puan Mastura menggunakan komputer di rumah dan menggunakan khidmat cyber kafe untuk mencetak

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Selepas mengunjungi PEDi dan menjadi ahli PEDi, menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi dan mendapat banyak ilmu mengetahui penggunaan komputer dan asas perisian microsoft word dan excel.