USAHAWAN PERNIAGAAN DONUT BOMBOLONI

Nama Amran Bin Yusoff

Umur : 48 Tahun

Ahli   1 Februari 2016

 

LATAR BELAKANG

Encik Amran menceburi bidang perniagaan ini di tapak pasar malam sahaja. Merupakan seorang pesara dan ahli yang sangat aktif menggunakan Pusat Internet

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Permulaan perniagaan hanyalah secara offline. Beliau menghebahkan perniagaannya kepada kawan-kawan terdekat dan kedai terdekat sahaja.Pendapat an bulanan hanya bawah RM80 sahaja sebulan

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seringkali menghadiri kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Selepas menjadi ahli PI, beliau cuba memasarkan perniagaan nya melalui media Facebook, Instagram dan Mudah.my. Pendapatan meningkat selepas memasarkan produk melalui online bisnes. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM300

b

Permulaan perniagaan hanyalah secara offline. Pendapat bulanan hanya RM200 sahaja sebulan

CELIK IT

Nama Nik Dafiy Hakimi Bin Nik Hasmi

Umur 11 tahun

Ahli 14 Ogos 2018

 

LATAR BELAKANG

Adik Dafyl merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Dafiy  juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

dafiy

USAHAWAN PERNIAGAAN LEMANG

Nama Muhamad Harris Bin Mohd Noor

Umur : 19 Tahun

Ahli   20 Disember 2015

 

LATAR BELAKANG

Beliau adalah salah seorang belia yang sentiasa aktif datang ke Pusat Internet. Beliau meminati bisnes ini apabila mula menjual lemang di sekitar rumahnya sahaja sehingga kini boleh menjual di kedai-kedai makan

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan ini sejak setahun yang lalu. Pada mulanya, beliau hanya menjual di depan rumah sahaja. Selepas beliau mula menjadi ahli PI, beliau mula mempromosi secara atas talian. Pendapatan hanya RM40 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Pendapatan meningkat selepas mempromosi melalui online seperti Facebook dan Mudah.my. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM100.

haris

 

USAHAWAN PERNIAGAAN SUSU SEGAR

Nama Muhamad Saberi Mustapha

Umur : 53 Tahun

Ahli   20 Ogos 2016

 

LATAR BELAKANG

Muhamad Saberi merupakan seorang pesara askar dan melakukan perniagaan ini untuk memenuhi masa lapangnya 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Permulaan perniagaan hanyalah secara offline. Menjual susu segar di rumah dan meletakkan di kedai berhampiran rumah. Pendapat bulanan hanya bawah RM80 sahaja sebulan

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seringkali menghadiri kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Selepas menjadi ahli PI, beliau cuba memasarkan perniagaan nya melalui media Facebook, Instagram dan Mudah.my. Pendapatan meningkat selepas memasarkan produk melalui online bisnes. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM200

saberi

 

CELIK IT

Nama Muhd Aqil Ilham

Umur 10 tahun

Ahli 24 September 2018

 

LATAR BELAKANG

Adik Aqil merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Aqil sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Aqil  juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

 

aqil